Thursday 3 May 2012

Ikan Jenahak Tiga Rasa


For the 1st entry..

Hmm...ikan jenahak masak 3 rasa ni sy masak untuk lunch semalam...minggu lepas pun masak jugak..tp sy gunakan ikan siakap...sy tak sure kalau tempat lain ikan jenahak ni dipanggil sebagai ikan apa..sebab ada kawan sy dari pantai timue tak pernah dengar nama ikan ni...so dia tanya sy and sy pun taktau jugak..haha..tp kalau di daerah sy ni mmg sy panggil sebagai jenahak lah..kalau saiznya kecil sedikit,,org kampung sy panggil 'jenahak tanda'..apa yg bertanda sy pon taktahu...lol..

resipi 3 rasa ni selalunya kita selalu order di kedai2 kan..apa kata anda cuba buat sendiri..lg sedap n terjamin bersih..boleh tambah tolak mengikut selera anda..selalunya org akan gunakan ikan siakap..tp sekali sekala try guna ikan lain pon boleh..

jom tgk resipinya,,:



BAHAN-BAHAN :

seekor ikan jenahak/jenahak tanda/siakap.. ( kalau nak ganti dengan sotong,udang,atau bawal pun boleh )

Bahan A ( di blend ) :


  • setengah biji bawang besar ( pakai bawang merah pun boleh ) 
  • beberapa ulas bawang putih ( sy gunakan 4-5 ulas ..ikut suka anda )
  • 1 batang serai
  • 1 inci halia
  • 5-6 tangkai cili kering ( ikut kepedasan yang anda mahukan..nk pakai cili hidup pun boleh )


Bahan B ( dipotong untuk hiasan dan ditabur sebelum dihidang ) :



  • 1/4 biji buah nenas ( dipotong dadu )
  • beberapa tangkai cili padi ( dipotong kecil-kecil )
  • 1/2 biji bawang besar ( dipotong dadu )
  • 1 atau 2 tangkai cili hidup ( dipotong dadu )
  • 1/2 batang carrot ( dipotong nipis panjang-panjang ) - sy tak letak..ikut suka anda samada nk letak atau tak


CARA-CARA :


1) Goreng dahulu ikan di dalam minyak yang panas sehingga masak. Sebelum menggoreng, lumurkan ikan dengan sedikit garam dan kunyit serta sedikit tepung jagung .. (Kalau sy, lagi garing lagi sedap..hehe)..setelah masak garing, ketepikan.

2) Blend semua bahan-bahan A sehingga lumat, tumiskan di dalam minyak yang secukupnya sehingga kuning dan wangi. Jika inginkan kuah yang lebih, tambahkan sedikit air. Tambahkan gula,garam,dan serbuk perasa pilihan anda secukup rasa. Tambahkan sedikit sos cili jika perlu sebagai penambah rasa. ( sy letakkan beberapa sudu sos cili dan setengah kiub pati ikan bilis Knorr ). Biarkan kuah mendidih dengan api yang perlahan sehingga ianya menjadi sedikit pekat sesuai dengan citarasa anda.

3) Setelah kuah masak, masukkan ikan yang tela digoreng tadi ke dalam kuah tersebut. Balik-balikkannya di dalam kuah supaya ianya mesra untuk beberapa minit.

4) Akhir sekali, taburkan bahan-bahan B tadi ke atas ikan tersebut, angkat dan letakkan ke dalam pinggan, sedia dihidang!



























Hai! i'm a newbie..=)

Assalamualaikum...



Hai..i'm a newbie in this blog's world...dh lama rasanya asyik baca blog org je..so setelah sekian lama asyik stalk blog org..tetiba je rasa mcm nk create my own blog.. Selepas berfikir2, maka ter'create'lah blog Jom Masak-Masak! nih..disebabkan tuan punya blog nih taktau nk spesifikkan blog nih utk apa..so for the time being biarlah blog ni dikhususkan utk post the recipes yg tuan punya blog ni pernah cuba masak..hope dpt berkongsi dgn semua org..sharing is caring! hehehe~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...