BAHAN-BAHAN :
- Bihun ( Dicelur dan dituskan ) - kuantiti ikut citarasa anda..kalau ramai nak makan,lebihkan pun xper :)
- Telur ( ikut kuantiti bihun yang digunakan )
- Beberapa ulas bawang putih ( diketuk atau dihiris nipis )
- Lobak merah a.k.a carrot
- Isi ayam ( dipotong kecil )
- Beberapa ekor udang
- Beberapa ekor sotong
- Sayur sawi ( gantikan dengan sayur lain ikut citarasa anda pun boleh )
- 2-3 sudu tepung jagung
- 1-2 sudu sos tiram
- Cili padi ( diketuk ) - ikut kepedasan yang anda suka
- Serbuk lada putih ( dalam botol )
- serbuk lada hitam ( dalam botol )
- Air ( sukatan mengikut kuantiti kuah yang anda mahukan )
- Sedikit minyak untuk menggoreng
- Garam ( optional )
- Bahan perasa ( optional )
CARA MEMBUATNYA :
- Pecahkan telur di dalam bekas. Pukul telur dengan rata. Gaulkan bihun yang telah dicelur dan dituskan hingga kering tadi bersama telur sehingga rata dan sebati. Jika telur tidak mencukupi, tambahkan. Telur perlulah bersesuaian dengan kuantiti bihun yang digunakan.
- Gorengkan bihun yang telah digaul bersama telur tadi dengan minyak yang tidak terlalu banyak sehingga garing dan berwarna kekuningan. Selepas itu, angkat dan ketepikan
- Seterusnya adalah proses untuk memasak kuahnya pula...Tumiskan bawang putih sehingga kuning dan wangi, selepas itu masukkan isi ayam, udang, sotong, lobak merah, dan cili padi. Goreng sekejap sehingga naik baunya.
- Selepas naik baunya, masukkan air. Masukkan pula sedikit sos tiram, garam secukup rasa, sedikit serbuk lada hitam dan serbuk lada putih, dan juga bahan perasa ( optional ). Biarkan kuahnya sehingga mendidih.
- Selepas kuahnya sudah mendidih, bancuhkan sedikit tepung jagung dengan air dan masukkan ke dalam kuah tadi. Masukkan sayur sawi tadi. Kacau rata dan biarkan ianya mendidih semula untuk seketika. ( jangan biarkan mendidih terlalu lama,nanti sayur akan terlalu layu..hilang vitamin =p )
- Selepas kuahnya sudah mendidih dan masak, curahkan ke atas bihun yang telah digoreng dan dipotong empat segi tadi. Sedia untuk dihidang..
Situs judi slot online terbaik & terpercaya 2021
ReplyDeletePlazajudi situs judi online terbaik 바카라 사이트 dan terpercaya 1xbet 2021 인카지노 dengan customer service android atau casino online sbobet, slot88, pragmatic play, pragmatic play.