Saturday 23 June 2012

Sambal Sotong Dan Petai

Lama sudah tak masak sambal sotong...sekali sekala campur petai pun sodap jugakk...Ini menu lunch tadi....jom kita tengok resipinya,,,,



BAHAN - BAHAN :


  • Beberapa ekor sotong dibersihkan
  • 10 biji cili kering ( diblend )
  • 1 papan petai ( dibuang kulit dan diambil bijinya )
  • 1 belah bawang besar ( diblend ), 1 belah lagi dipotong untuk ditabur selepas masak
  • 3-4 ulas bawang putih ( diblend )
  • 1 inci belacan ( diblend )
  • Sedikit air asam jawa
  • Sedikit garam
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • Sedikit bahan perasa ( optional )



CARA MEMBUATNYA :

1)     Kisar cili kering, bawang merah, bawang putih, dan belacan dengan sedikit air sehingga lumat.

2)     Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Gorengkan terlebih dahulu biji petai dalam tempoh 3 minit. Angkat dan ketepikan.

3)     Selepas itu, tumis bahan-bahan yang dikisar tadi sehingga naik bau. Masukkan sedikit air, dan masukkan sotong. Perasakan dengan garam dan bahan perasa secukupnya, serta masukkan sedikit air asam jawa secukup rasa dan juga petai yang digoreng tadi. Biarkan mendidih dan sehingga pecah minyak.

4)     Apabila sudah pecah minyak dan sotong telah lembut, masukkan 1 belah bawang besar yang dipotong tadi, kacau rata selama 3 minit sehingga bawang sedikit layu, tutup api. Sedia dihidang !

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...