Saturday 23 June 2012

Daging Goreng Pattaya Ala Siam

This is my last entry for today....menu ni dimasak tengahari td bersama sambal sotong tadi....jom tengok2 resipinya...:D



BAHAN - BAHAN :

  • 500 gram daging ( dipotong nipis )
  • 2 batang serai ( diketuk atau dititik )
  • Beberapa helai daun limau purut ( dicarik kasar dan dibuang urat )
  • Sedikit jus limau nipis atau limau kasturi
  • Sebiji bawang merah ( dipotong besar )
  • Sebiji tomato ( dibelah 4 atau 8 )
  • Daun bawang dan daun sup ( dipotong panjang )
  • 1 tangkai cili hidup ( dipotong serong )
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu kecil sos ikan
  • Sedikit lobak merah ( dipotong panjang jika suka )
  • 2-3 ulas bawang putih ( ditumbuk kasar )
  • 2-3 biji cili padi ( ditumbuk kasar ) 
  • 1/4 bawang merah ( ditumbuk kasar )
  • 1 tangkai cili merah ( ditumbuk kasar )
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • Sedikit air
  • Garam secukup rasa
  • Bahan perasa secukup rasa ( optional )


CARA MEMBUATNYA :

1)     Tumbuk kasar bawang putih, bawang merah, cili hidup, dan cili padi.

2)     Panaskan sedikit minyak. Tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk tadi, serai, daun limau purut, dan lobak merah sehingga kekuningan dan berbau wangi.

3)     Masukkan air dan daging. Rebus sehingga keluar air daging dan daging menjadi empuk. Perahkan sedikit jus limau, masukkan sos tiram, dan sos ikan. Biarkan ia mendidih sehingga kuah menjadi pekat dan kering sedikit.

4)     Selepas daging telah empuk dan kuah telah pekat, perasakan dengan garam dan bahan perasa secukupnya.

5)     Akhir sekali, taburkan cili merah yang telah dipotong, bawang merah potong, tomato, dan juga daun bawang serta daun sup. Kacau rata, biarkan tomato dan bawang sedikit layu. Tutup api dan sedia dihidang!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...